HADITH KE-8
Humran (hamba yang dibebaskan oleh Uthman bin Affan)- dia melihat Uthman meminta air wudhu'.Beliau lantas menuangkan air tersebut dari wadahnya pada kedua telapak tangannya sekaligus membasuh keduanya tiga kali.Beliau lantas mencelupkan tangan kanannya ke dalam air tersebut,kemudian berkumur-kumur,memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya.Beliau lalu membasuh wajahnya tiga kali,mebasuh kedua tangannya sampai kedua sikunya tiga kali,lantas mengusap kepalanya.Setelah itu,beliau membasuh kedua kakinya tiga kali dan mengatakan,"Aku melihat Nabi berwudhu seperti wudhu'ku ini lantas bersabda,"Barangsiapa berwudhu' seperti wudhu'ku ini kemudian mengerjakan solat dua rakaat dan tidak melayani bisikan-bisikan hatinya dalam keduanya,maka Allah akan mengampuni dosanya yang telah lalu".
____________________________________________________________________________________
Dalam peperangan,pemerintah Islam diberi empat pilihan terhadap tawanan:
1) dibebaskan begitu sahaja
2) dijadikan sebagai pertukaran tawanan
3) dihukum bunuh-Perang Badar
4) dijadikan sebagai hamba
Soalan: Adakah wajib berkumur-kumur,memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya?
Jawapan: Pendapat 1: Imam Abu Hanifah,Imam Malik dan Imam Syafie-->sunat (jumhur ulama)
Hujah: Keumuman ayat 6 surah al-Maidah
Pendapat ke-2 : Imam Ahmad --> wajib
Hujah: Surah al-Maidah ayat 6 (mulut dan hidung termasuk dalam kawasan muka)
Pendapat yang rajih: Pendapat ke-2
Menyapu kepala
Syeikh al-Albani mengesahkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyapu kepala sebanyak 3 kali
Menyapu telinga
-->Termasuk dalam anggota kepala adalah telinga
Pendapat 1: Jumhur ulama-->sunat
Pendapat ke-2: Imam Ahmad-->wajib
Hujah:berdasarkan hadis "Kedua telinga itu daripada kepala" disahihkan (hasan lighairihi oleh Syeikh al-Albani)
Pendapat yang rajih: Pendapat ke-2
Soalan: Adakah perlu mengambil air baru untuk menyapu telinga?
Jawapan:Pendapat 1: Jumhur ulama-->cukup sahaja dengan menggunakan air daripada kepala
Pendapat ke-2: mazhab Syafie --> sunat untuk ambil air wudhu' baru
Pendapat yang rajih: Pendapat 1,jumhur ulama
Dinukil daripada al-fadhil Ustaz Idris Sulaiman hafizahullah.
Judul asli kitab:Umdatul Ahkam min Kalami Khairil al-Anam
Penulis:Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi
Penerbit: Dar Ibnu Khuzaimah,Riyadh,1420 H
22 Mac 2013
No comments:
Post a Comment