Tuesday, 30 April 2013

Hadith ke-16 & 17: Hukum istinja' dan istijmar


HADITH KE-16 & 17 

16. Anas bin Malik menyatakan "Dulu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memasuki tandas.Aku dan orang yang sebaya denganku lantas membawakan kantung berisi air beserta tombak pendek.Beliau lalu membersihkan kotoran dengan menggunakan air tersebut." 

17. Abu Qatadah al-Harits bin Ribi' al-Ansari menuturkan bahawa Nabi bersabda,"Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kalian memegangi kemaluannya dengan tangan kanannya.Jangan pula bernafas dalam wadah." 

_____________________________________________________________________________________

Istinja' --> membersihkan kemaluan dengan air
Istijmar -->  membersihkan kemaluan dengan batu dan apa yang sehukum dengannya (dengan syarat menjauhi najis dan tulang)
  •  Istijmar boleh mengambil tempat istinja' walaupun dengan adanya air. 
  • Ada pendapat menyatakan afdhal menghimpunkan istinja' dan istijmar. 
    Pandangan Syeikh al-Albani berkaitan masalah ini: 

                    1) Pendapat ini tidak disokong oleh mana-mana hadis 
                    2) Pendapat ini lebih bersifat ghuluw sedangkan syariat memberi kita pilihan 


Soalan: Bolehkah mencuci kemaluan dengan tangan kanan? 

Jawapan: Pendapat pertama: Abu Dawud az-zahiri,Ibnu Hazm --> haram 

               Pendapat kedua: Jumhur ulama --> makruh kerana larangan ini bersifat dalam urusan adab, 
               lebih kepada saranan,bukan larangan secara pasti dan juga saranan memuliakan tangan kanan

              Pendapat yang rajih: Pendapat kedua --> makruh 

                                             Hujah: "Tidaklah ia melainkan sebahagian daripada anggota badan engkau"  

               * khas untuk membuang air kecil sahaja 
               * harus ketika jima'


Soalan: Adakah pegang qubul dan dubur membatalkan wudhu'? 

Jawapan: Pendapat pertama: batal wudhu secara mutlak -->"Barangsiapa yang menyentuh       
                kemaluannnya,hendaklah dia berwudhu' "-sahih

               Pendapat keduatak batal wudhu' secara mutlak --> "Tidaklah ia melainkan sebahagian                      
               daripada anggota badan engkau"-sahih 

               Pendapat ketigabatal sekiranya dengan syahwat --> disokong oleh Ibnu Taimiyah, 
               Syeikh al-Albani,Syeikh Uthaimin 
                               
                          Hujah: Kesimpulan daripada kedua-dua hadis pendapat pertama dan kedua.


Soalan: Adakah batal wudhu seorang ibu yang membersihkan najis anaknya?  


Jawapantidak batal wudhu seseorang yang menyucikan najis orang lain selama mana tidak adasyahwat.

 Dinukil daripada al-fadhil Ustaz Idris Sulaiman hafizahullah.

 Judul asli kitab:Umdatul Ahkam min Kalami Khairil al-Anam
 Penulis:Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi 
 Penerbit: Dar Ibnu Khuzaimah,Riyadh,1420 H  

28 April 2013

No comments:

Post a Comment