Tuesday, 30 April 2013

Hadith ke-6 & 7: Hukum berkaitan dengan anjing


HADITH KE-6 DAN KE-7 

6.Abu Hurairah menuturkan bahawa Rasulullah sallallau alaihi wasallam bersabda: "Jika ada anjing minum pada bejana salah seorang di antara kalian,maka cucilah bejana tersebut 7 kali" 

Dalam riwayat Imam Muslim,dikatakan ," Cucian yang pertama menggunakan tanah".

7.Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Mughoffal bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,"Jika ada anjing menjilat (air) dalam satu wadah,maka cucilah wadah itu tujuh kali dan campurilah yang kedelapan dengan tanah". 

[Bukhari dan Muslim] 

*bejana=takungan air 

_____________________________________________________________________________________________

"Jika ada anjing minum pada bejana salah seorang di antara kalian,maka cucilah bejana tersebut 7 kali"

Jika ada anjing menjilat (air) dalam satu wadah,maka cucilah wadah itu tujuh kali dan campurilah yang kedelapan dengan tanah" 

Perbezaan antara minum dan menjilat-->menjilat lebih umum (menggerakkan lidah di dlm bekas air) 


Soalan:Adakah najis anjing itu khas untuk air liurnya sahaja atau termasuk dengan kencing dan tahinya sekali?

Jawapan

Pendapat pertama: mazhab zahiri-->hanya air liurnya sahaja yang najis (mughollazoh) 

                      Prinsip mazhab zahiri: 1) berpegang pada nas zahir al-Quran dan hadis 
                                                       2) menafikan qiyas

Pendapat kedua: jumhur ulama-->air kencing dan tahi anjing termasuk dalam najis mughollazoh seperti air liur (Mereka menggunakan kaedah qiyas)  

Kaedah bahasa Arab, "Apa yang disebut secara kebiasaan,tidak ada mafhumnya" 

Rasulullah sallallahu alihi wasallam hanya melihat kepada menjilat atau minum kerana syara' sentiasa melihat pada aspek ghalib (kebiasaan).Kebiasaan anjing apabila terjumpa bekas air,ia akan menjilat atau minum. 

Pendapat ketiga:ulama'muta'akhir-->Mereka menyatakan bahawa pendapat mazhab zahiri lebih kuatkerana mereka menyatakan bahawa tidak boleh qiyas antara air liur anjing,air kencing dan tahinya kerana illah nya(faktornya) perlu sama.  

Syarat-syarat qiyas: 1) masalah asal (utama):air liur anjing-ada nas 
                              2) masalah cabang:air kencing dan tahi-tidak ada nas 
                              3) ada hukum masalah asal
                              4) illah (faktornya)-perlu ada persamaan antara masalah asal dengan masalah cabang 

Soalan: Apakah illah (faktor) untuk mengatakan air liur anjing itu najis mughollazoh?

Jawapan: Tidak diketahui.Mungkin secara saintifik,berkemungkinan ada bakteria di dalam air liur tersebut tetapi ini hanyalah ijtihad dan di dalam hal ini,al-Quran dan hadis lebih didahulukan berbanding ijtihad.  

Pendapat yang paling rajih:Pandangan Syeikh Muhammad Salih Uthaimin: Yang menjadi najis bagi anjing adalah hanya air liurnya sahaja.Tetapi yang paling selamat adalah pendapat yang kedua(air kencing dan tahi anjing adalah termasuk najis mughollazoh) sebagai langkah berjaga-jaga setelah jelas kekotorannya.


Soalan: Adakah jika seseorang itu menyentuh anjing,dia perlu samak?

Jawapan: Hadis menyatakan samak ini hanya mengkhususkan khas untuk air liur anjing. 


Soalan:Adakah khinzir sama hukumnya seperti anjing? 

JawapanPendapat pertama: mazhab Syafie dan Hambali--> sama seperti anjing 

                Pendapat kedua-->qaul Imam Syafie dan Imam Ahmad-->hadis tersebut khas untuk anjing sahaja 

Pendapat yang rajih: Najis mughollazoh hanya khas untuk anjing. 


Dinukil daripada al-fadhil Ustaz Idris Sulaiman hafizahullah.

Judul asli kitab:Umdatul Ahkam min Kalami Khairil al-Anam
Penulis:Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi 
Penerbit: Dar Ibnu Khuzaimah,Riyadh,1420 H    

22 Februari 2013 

No comments:

Post a Comment