|| Apakah Pemerintahan Islam hanya terhad kepada Sistem Khilafah?:Bantahan ke atas HIZBUT TAHRIR & Golongan LIBERAL yang ingin hapuskan sistem Beraja dan Khilafah tidak akan berlaku melainkan atas Manhaj Nubuwwah ||
Ramai yang salah faham apabila mengehadkan sistem pemerintahan Islam hanya terhad kepada Sistem Khalifah atau Khilafah,hal ini sebenarnya sesuatu kesalahan yang wajib diperbetulkan,kerana Nabi sallallahu`alaihiwasallam mengiktiraf sistem Monarki(sistem beraja) sebagaimana yang disebut oleh para Ulama` berdasarkan banyak hadith yang menunjukkan Nabi tidak pernah mengingkari sistem monarki,antaranya hadith Safinah Maula Rasulullah & Abi Bakrah Nufai` b.Al-Harith sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam:
الخلافة ثلاثون سنة، ثم تكون بعد ذلك ملكا
" Al-Khilafah(berlaku)selama 30 tahun,kemudian(pemerintahan)selepas itu adalah beraja"
[HR Abu Daud,At-Tirmidzi & Ibnu Hibban:shahih,lihat As-Shahihah no:459,juga As-Shahih Al-Musnad 2/225,1/363 ]
dalam lafaz Abu Daud: خلافة النبوة ثلاثون سنة، ثم يؤتي الله الملك أو ملكه من يشاء " Khilafah Nubuwwah(berlaku)selama 30 tahun kemudian Allah memberikan pemerintahan atau pemerintahannya kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.
Kata Safinah r.a:
خلافة أبي بكر سنتان, وخلافة عمر عشر سنين, وخلافة عثمان اثنتا عشرة سنة,وخلافة علي ست سنين
" Khilafah Abi Bakar(berjalan)selama dua tahun,khilafah `Umar selama sepuluh tahun,Khilafah `Uthman selama dua belas tahun dan Khilafah `Ali selama enam tahun(( 2+10+12+6=30))
[ Rujuk Musnad Ahmad 4/273,Sunan Abi Daud no:4646 ]
Al-Baihaqi meriwayatkan dalam Al-Madkhal daripada Safinah r.a katanya:
أن أول الملوك معاوية رضي الله عنه
" Bahawasanya Raja pertama(dalam Islam)ialah Mu`awiyyah r.a"
[ Rujuk `Aunul Ma`bud 6/299 ]
Kemudian hadith daripada Abu `Ubaidah Al-Jarrah,bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
أول دينكم نبوّة ورحمة,ثم ملك ورحمة,ثم ملك أعفر,ثم ملك وجبروت
" Awal agama kamu(akan dipimpin)dengan Nubuwwah dan Rahmat,kemudian Raja dan Rahmat,kemudian Raja yang mencengkam,kemudian Raja dan golongan yang zalim/ganas"
[ HR Ad-Daarimi dalam As-Sunan,perawinya semua thiqah kecuali dikatakan Makhul tidak mendengar dari Abi Tsa`labah,rujuk Hiqbah Fi At-Tarikh m/s 147 ]
Maksud hadith ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh `Uthman Al-Khamis-hafizahullah- Kepimpinan Nabuwwah dan rahmat ialah kepimpinan Nabi sallallahu`alaihiwasallam,kemudian kepimpinan Khalifah Abu Bakar,kemudian `Umar,`Uthman dan `Ali dan Al-Hasan-radiallahu`anhum ajma`in- kemudian Raja dan rahmat- ini ketika kepimpinan Mu`awiyyah r.a(beliau ialah Raja pertama dan Raja terbaik dalam Islam) kemudian selepas itu berlakulah kezaliman Raja-Raja yang selepasnya- [ Rujuk Hiqbah fi At-Tarikh m/s:147 ]
Ramai ulama yang menafsirkan kepimpinan " Raja dan golongan yang zalim/ganas" berlaku selepas zaman Mu`awiyyah-(kecuali zaman `Umar b.Abd `Aziz) dan termasuklah pada zaman kita sekarang-semoga Allah menjaga dan memperbaiki Raja-raja dan pemimpin kaum muslimin kesemuanya-.Namun begitu Khilafah Nubuwwah akan kembali pada akhir zaman sebelum berlakunya kiamat dan para Ulama menjelaskan ianya akan berlaku ketika munculnya Imam Al-Mahdi yang akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan akan memerintah mengikut Manhaj Nabi,sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah r,a,sabda Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:
تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون ملكا عاضا، فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكا جبرية، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج نبوة
" Akan berlaku(pemerintahan) Nubuwwah dikalangan kamu apa yang Allah kehendaki akan berlaku,kemudian Dia mengangkatnya jika Dia mengehendakinya,kemudian berlakunya Khilafah atas Manhaj Nubuwwah,maka ianya dengan kehendak Allah akan berlaku,kemudian Dia mengangkatnya jika Dia hendak mengangkatnya,kemudian akan muncul raja yang menggigit(mencengkam),maka ianya akan berlaku mengikut kehendak ianya akan berlaku,kemudian Dia mengangkatnya jika Dia mengehendakinya,kemudian akan muncul Raja yang Zalim,maka ianya akan berlaku mengikut kehendakNya,kemudian Dia akan mengangkatnya jika Dia menghendakinya,kemudian akan muncul(semula) Khilafah di atas Manhaj Nubuwwah."
[ Musnad Ahmad no:18406,lihat juga Silsilah As-Shahihah 1/34 ]
Kesimpulan:
1) Dakwaan segelintir pihak yang menafikan sistem Monarki(beraja) dan mendakwa ianya bukan daripada Islam adalah sesuatu yang salah dan menyalahi syariat.
2) Nabi sallallahu`alaihiwasallam membahagikan Raja kepada tiga,iaitu:
a) Raja yang Rahmah(baik) ianya seperti Mu`awiyyah dan Umar bin `Abd `Aziz dan selain mereka yang mengikut manhaj Nabi.
b) Raja yang `afar(mencengkam)iaitu Raja yang tidak mahu melepaskan takhta mereka melainkan mesti diwarisi untuk keturunan mereka seperti yang berlaku pada Raja Bani `Umayyah,Bani `Abasiyyah,dan `Uthmaniyyah
c) Raja yang zalim lagi ganas.( ini dapat dilihat sangat banyak dalam lipatan sejarah).
3) Nabi sallallahu`laihiwasallam tidak menafikan dan mengingkari sistem beraja itu sendiri dan hal ini menunjukkan sistem monarki(sistem beraja) ada asalnya dalam Islam.
4) Fadhilat sahabat Nabi yang mulia,Muawiyyah b.Abi Sufyan r.a beliau ialah Raja pertama dalam Islam dan sebaik-baik Raja,dan pemerintahannya disebut sebagai "Raja dan Rahmah"
5) Khilafah yang sebenar bukanlah didakwa oleh golongan-golongan yang menyelisihi As-Sunnah,kerana itu Nabi sallallahu`alaihiwasallam menggunakan lafaz "Minhaj An-Nubuwwah" atau " Khilafah An-Nubuwwah" menjelaskan Khilafah itu berada di atas Manhaj Nubuwwah,iaitu berada di atas Sunnahnya baik dalam aspek akidah,syariat dan akhlak.
6) Terkeluarnya sistem "Demokrasi" daripada sistem yang diiktiraf Islam,kerana jika ianya termasuk dari sistem Islam sudah pasti Nabi sallallahu`alaihiwasallam akan menyebutnya.
7) Hadith-hadith ini akan dipertikaikan oleh golongan yang menolak hadith atau ditafsirkan mengikut kepentingan kelompok masing-masing dari kalangan pergerakan politik seperti Hizbu Tahrir dan selainnya untuk mendakwa mereka adalah benar.Maka kata pemutus kepada perselisihan adalah kembali merujuk kepada tafsiran Ahli Sunnah wal Jamaah yang mengikut Manhaj Salafussoleh.
8) Imam Mahdi akan muncul sebelum kiamat,dan ianya merupakan salah satu dari tanda-tanda kiamat,kita tidak diperintahkan oleh Nabi sallallahu`alaihiwasallam untuk mencari-cari apatah lagi mengaku Imam Mahdi atau Naibnya dan lain-lain(sebagaimana yang dilakukan oleh Syiah Rafidhah) kewajipan kita adalah terus menuntut ilmu beramal dan beribadah mengikut Manhaj Nabi dan Salaf kerana Imam Mahdi akan keluar apabila tiba masanya dan beliau akan dikenali oleh semua orang beriman tanpa perlu beliau mengaku beliau ialah Al-Mahdi.
9) Pentingnya masyarakat hari kembali mempelajari Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut kefahaman Salafussoleh kerana ianya adalah Manhaj Nubuwwah dan akan menyelamatkan mereka daripada kesesatan.
10) Hadith-hadith ini termasuk dalam Dalailu An-Nubuwwah(tanda-tanda kebenaran) Nabi sallallahu`alaihiwasallam.
Wallahu`alam,
Abul Hussein-moga Allah mengampuninya dan kedua ibu bapanya dan kesemua kaum muslimin-
Al-Madinah Al-Munwwarah
14/6/1434H

No comments:
Post a Comment