HADITH KE-5
Abu Hurairah menuturkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Janganlah salah seorang di antara kalian kencing pada air yang bertakung (tidak mengalir) kemudian mandi di dalamnya."
Dalam riwayat Imam Muslim dikatakan,"Janganlah salah seorang di antara kalian mandi dalam air yang diam (bertakung) sementara dia dalam keadaan junub."[1]
[1] Bukhari dalam al-Wudhu (239),Muslim dalam ath-Thaharah (426)
________________________________________________________________________________________
-Hadis ini diperselisihkan sama ada hukumnya MAKRUH atau HARAM
-Berdasarkan zahir kedua-dua hadis ini "Janganlah.." ,ianya merujuk kepada larangan.
"Janganlah salah seorang di antara kalian kencing pada air yang bertakung (tidak mengalir) kemudian mandi di dalamnya."
Permasalahan berkaitan dengan kencing di dalam air yang bertakung:
-Jika air lebih daripada dua kolah (dua kolah di sini bermaksud banyak)-->Air itu tidak menjadi najis jika tidak berubah sifatnya (warna,bau dan rasa)
-Jika air itu sedikit (kurang drp dua kolah)-->Maka di sini ada dua pendapat:
Pendapat pertama: Berdasarkan hadis "Sekiranya air itu dua kolah,maka ia tidak akan menanggung najis"- hadis sahih dan diriwayatkan oleh Ashabu Sunan [Ibnu Majah,Tirmidzi,Abu Dawud dan Nasa'ie]
Pendapat kedua: Berdasarkan mazhab Maliki: Air itu tidak menjadi najis selama mana tidak berubah sifatnya.Kaedah yang sama digunakan jika air melebihi dua kolah.
Berdasarkan dalil "Air itu suci.Ia tidak dinajiskan oleh apa-apa"-hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad disahihkan oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani.
*Kadar dua kolah air ini dikira dari segi beratnya,bukan isipadunya.
Dalam permasalahan ini,hadis pertama dan hadis kedua bercanggah walaupun kedua-duanya sahih.Kaedah untuk memahami hadis pertama:
-Sekiranya air tersebut kurang daripada dua kolah,maka ia dianggap sudah menjadi najis.
-Permasalahan:
Diberi contoh,satu kolam renang boleh memuatkan empat kolah air.Jika kolam tersebut dipenuhi dengan dua kolah air dan dua kolah najis,adakah sifat air itu berubah?Maka sudah tentu akan berubah.Maka di sini kembali kepada hukum asal,jika air itu dua kolah,selagi mana tidak berubah sifatnya,maka ianya tidak najis.
Kesimpulan kepada percanggahan kedua-dua hadis di atas:
Air yang sedikit,selama mana tidak berubah sifatnya,ianya tidak dianggap najis.
Masalah kencing berdiri
Soalan:Apakah hukum kencing berdiri?Andai ianya dilarang,adakah ianya berbentuk ta'abbudi atau sesuatu yang difahami maknanya?
Jawapan: Berdasarkan dua hadis:
-Pendapat pertama:Dalil yang menunjukkan keharusan kencing berdiri berdasarkan perbuatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.-->"Dari Huzaifah bin Yaman: Nabi mendatangi tempat buang sampah lalu baginda kencing berdiri"-[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
-Pendapat kedua:Dalil yang menunjukkan larangan kencing berdiri berdasarkan kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.-->"Wahai Umar,jangan engkau kencing berdiri"-[Hadis riwayat Tirmidzi] (dinilai dhaif)
-Pendapat ketiga:Dalil yang menunjukkan makruh.-->"Barang siapa yang menyebutkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah kencing berdiri,janganlah engkau mempercayainya kerana tidaklah baginda kencing kecuali dengan duduk"-[Hadis riwayat Tirmidzi] (dinilai sahih)
Pendapat pertama dan pendapat ketiga tidak ada percanggahan kerana masing-masing menceritakan apa yang mereka tahu,berdasarkan kaedah "Orang yang menetapkan didahulukan daripada orang yang menafikan".Maka di sini kata-kata Huzaifah bin Yaman didahulukan.
Pendapat yang paling rajih:hukum bagi kencing berdiri adalah harus
Kaedah ilmu hadis:
Soalan:Yang manakah yang harus didahulukan?Nas yang berbentuk larangan atau nas yang berbentuk keharusan?
Jawapan: Nas larangan didahulukan berbanding dengan nas keharusan,lebih-lebih lagi jika ianya dalam bentuk kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kerana:
1) ada kebarangkalian perbuatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memungkinkan satu keharusan itu menjadi lemah.
2) kebarangkalian keharusan itu datang sebelum larangan
3) Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada keuzuran berdasarkan sesuatu keharusan itu.
Dalam riwayat Imam Muslim dikatakan,"Janganlah salah seorang di antara kalian mandi dalam air yang diam (bertakung) sementara dia dalam keadaan junub."
-Larangan secara ini adalah secara mutlak,sama ada memasukkan sebahagian daripada anggota badan atau keseluruhan badan ke dalam air yang bertakung sementara seseorang itu dalam keadaan junub.
Soalan: Apakah hukum air (di dalam kolah) yang dimasuki oleh orang yang berjunub?
Jawapan: Ianya menjadi air musta'mal,air yang suci dan menyucikan selama mana tidak berubah sifat air tersebut.
Dinukil daripada al-fadhil Ustaz Idris Sulaiman hafizahullah.
Judul asli kitab:Umdatul Ahkam min Kalami Khairil al-Anam
Penulis:Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi
Penerbit: Dar Ibnu Khuzaimah,Riyadh,1420 H
18 Februari 2013