Wednesday, 25 September 2013

BAHAGIAN BERSUCI:Hadith ke-42 [Kitab Umdatul Ahkaam]

HADITH KE-42 

Aisyah radhiyallahu 'anha menuturkan bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya aku mengalami istihadhah dan aku tidak pernah suci, apakah aku diperkenankan meninggalkan solat?"

Nabi menjawab, "Tidak boleh, sesungguhnya itu adalah darah yang keluar dari hujung bawah rahim, akan tetapi tinggalkanlah solat pada hari-hari yang biasanya engkau haidh, kemudian mandilah dan kerjakanlah solat".

Dalam riwayat lain dikatakan, "Itu bukanlah darah haid. Jika haidh telah tiba, maka tinggalkanlah solat pada saat itu. Jika ia telah habis, maka bersihkanlah darah tersebut darimu, lalu kerjakanlah solat".

[Hadis riwayat Bukhari dalam al-Haidh (306), Muslim dalam al-Haidh (333)] 
  _______________________________________________________________________________


  • Maksud haid: dari segi bahasa: darah yang mengalir 

                      dari segi istilahdarah yang mengalir dari kemaluan ketika dia sihat,bukan kerana                                                           kelahiran atau penyakit. 


  • Jenis-jenis darah yang keluar dari kemaluan wanita:  
                                                                                   1) haid                                                                                                                                                        2) nifas                                                                                                                                                       3) istihadhah                                                                                    
  • Sifat-sifat darah haid: 

                                   1) warnanya merah kehitaman   
                                   2) pekat dan tebal 
                                   3) berbau busuk 
                                   4) tidak mengeras/kering
                                   5) merasa ada penolakan dalam rahim( senggugut)          
  

  • -Darah haid adalah sumber nutrisi makanan bagi janin dalam rahim wanita ketika wanita itu mengandung.Dan sumber nutrisi tersebut digunakan sepenuhnya oleh janin dalam rahim.Oleh sebab itu,tidak ada pengeluaran darah haid saat wanita tersebut mengandung.Jika tidak mengandung,nutrisi tidak digunakan dan keluar sebagai darah haid. 


  • -Begitu juga dengan wanita yang menyusu,turut mengalami gangguan haid kerana nutrisi yang ada digunakan untuk penghasilan susu badan. 


  • Soalan: Bila masa haid wanita bermula dan tamat? 

         Jawapan: Pendapat pertama: Bermula ketika umur 9 tahun dan berakhir ketika berumur 50 tahun.
              
            Soalan(i): Seorang wanita bermula kitaran haidnya ketika berumur 9 tahun.Apakah umur yang paling awal untuk seorang wanita menjadi nenek?    
            
             Jawapan: Keluar haid: 9 tahun dan berkahwin.
                           Melahirkan anak:ketika berusia 10 tahun 
                           Anak baligh ketika berumur 9 tahun dan berkahwin (si ibu ketika itu berusia 19 tahun) 
                           Anak melahirkan bayi ketika berumur 10 tahun (si ibu berusia 20 tahun dan menjadi nenek) 
            
Pendapat yang rajih: Tidak ada ketetapan umur minimum dan maksimum untuk keluar darah haid. 
                              
Rujukan: Surah al-Baqarah:222 


  • Soalan: Apakah tempoh masa bagi keluarnya darah haid?

         Jawapan: Pendapat pertama:Tempoh minimum: Sehari semalam
                                                         Tempoh maksimum: 17 hari 


  • Tempoh suci antara dua haid: Minimum:13 hari                   

  • Pendapat yang rajih: Tidak ada ketetapan (mengikut tempoh lazim bagi wanita).Jika ianya keluar dalam waktu lazim bagi wanita itu keluar  dan menepati ciri-ciri sifat darah haid,maka itu adalah darah haid.    

  • Maksud darah istihadhah: Darah yang keluar melalui kemaluan wanita yang melebihi tempoh haidnya.Darah yang tidak menepati ciri-ciri darah haid dan nifas. 


  • Soalan: Bolehkah tinggalkan solat sepanjang tempoh isithadhah? 

      Jawapan: Hanya tempoh keluar darah haid dan nifas sahaja yang dibenarkan untuk tidak solat. 



  • Sifat darah istihadhah:  

                                 1) kemerah-merahan 
                                 2) tidak ada bau
                                 3) mengeras 
                                 4) tidak pekat dan tebal 
                                 5) tidak ada senggugut 



  • Larangan bagi wanita haid dan nifas:  solat,puasa,jima' dan tawaf 

  • Larangan bagi orang berjunub: solat dan tawaf.Orang yang berjunub boleh berpuasa tetapi perlu mandi junub terlebih dahulu (khasnya bulan Ramadhan). 

  • Soalan: Adakah wanita haid perlu qadha' solatnya? 
    Jawapan: Tidak perlu. 


  • Soalan: Apakah hukum darah secara umumnya?  

  Jawapan: Tidak najis.Hanya darah yang keluar dari kemaluan sahaja adalah najis.(contoh: darah nyamuk)


  • Soalan: Adakah wanita beristihadhah perlu mandi wajib setiap kali hendak solat?                                                                                                                                                                                 Jawapan: Tidak perlu.Tetapi perlu berwudhu' setiap kali hendak solat dan membersihkan darah tersebut terlebih dahulu.        


  • Soalan: Bolehkah wanita yang istihadhah membaca al-Quran? 

  Jawapan: Tidak ada khilaf dan ianya dibenarkan (terdapat khilaf berkaitan hal ini pada wanita yang sedang haid) 



   
Dinukil daripada al-fadhil Ustaz Idris Sulaiman hafizahullah.

 Judul asli kitab:Umdatul Ahkam min Kalami Khairil al-Anam
 Penulis:Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi 
 Penerbit: Dar Ibnu Khuzaimah,Riyadh,1420 H  

  25 September 2013

Tuesday, 24 September 2013

Perbezaan GOLDEN CHAIN (isnad yang paling sahih)dari sisi ulama salaf dengan golongan sufi

Perbezaan GOLDEN CHAIN (isnad yang paling sahih)dari sisi ulama salaf dengan golongan sufi: 

Dari sisi ulama salaf: 

1- Menurut Imam Bukhari: Bermula drp Imam Malik-->Naafi'-->Ibn Umar-->Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 

2- Menurut Imam Ad-Dhahabi: Bermula daripada Imam Ahmad-->Imam Shafie -->Imam Malik-->Naafi'--> Ibnu Umar--> Rasulullah sallallahu alaihi wasallam

Puak Sufi dengan lantang mengatakan mereka mempunyai ILMU BERSANAD.....tapi kalau kita kaji kita akan dapati sanad mereka tidak bersambung. Adakah ilmu mereka melalui orang yang sudah mati? sama-sama kita lihat ini..

[ Ilmu sanad tarekat Naqsyabandi terputus ]

THE 'GOLDEN' NAQSHBANDI CHAIN atau Rantaian Emas tarekat Naqshabandi yang diikuti ramai penganut Islam seperti di Singapura menunjukkan ilmu sanad mereka terputus. Lihat jalurnya di sini :

The GOLDEN CHAIN

1.Prophet Muhammad ibn Abd Allah, Salla Allahu `alayhi wa alihi wa sallam
2.Abu Bakr as-Siddiq, radiya-l-Lahu`anh
3.Salman al-Farsi, radiya-l-Lahu`anh
4.Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakr
5.Jafar as-Sadiq, alayhi-s-salam
6.Tayfur Abu Yazid al-Bistami, radiya-l-Lahu canh
7.Abul Hassan Ali al-Kharqani, qaddasa-l-Lahu sirrah
8.Abu Ali al-Farmadi, qaddasa-l-Lahu sirrah
9. Abu Yaqub Yusuf al-Hamadani, qaddasa-l-Lahu sirrah 


Ilmu sanad tarekat Naqshabandi yang dikatakan sambung-menyambung antara Shaykh-shaykh mereka didapati terputus di dua tempat.

1. Jafar as-Sadiq, shaykh yang kelima hidup antara 83-148AH. dan dia dikatakan mewasiatkan ilmu RAHSIA RANTAIAN EMAS kepada pewarisnya, Tayfur Abu Yazid al-Bistami. Website naqshbandi.org site mengatakan Abu Yazid al-Bistami berusia 'lebih 70 tahun' bila dia meninggal dunia dalam tahun 261AH. (Dalam biografi al-Bistami, dia dikatakan meninggal pada umurnya 74 tahun). Ini bermakna al-Bistami dilahirkan dalam tahun 187AH., 39 tahun setelah Jafar as-Sadiq meninggal dunia. Maknanya mereka tidak pernah bertemu!

2. Shaykh yang sepatutnya mewaris dari al-Bistami, Abul Hassan al-Kharqani meninggal pada tahun 425AH. dan telah kita ketahui al-Bistami meninggal pada tahun 261AH. Tarikh kematian mereka menunjukkan jarak 164 tahun ! Mustahil al-Kharqani berjumpa dengan al-Bistami melainkan beliau hidup lebih dari 164 tahun.

Monday, 27 May 2013

Kaedah Mengenal Hadis-hadis Palsu

Kaedah Mengenal Hadis-hadis Palsu..

Oleh: al-Ustaz Abu Umaimah Mohd Arif bin Nazri

Ulama-ulama hadith memang terkenal dengan usaha-usaha agung mereka dalam memelihara hadith-hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam daripada dicemari oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Di antara usaha-usaha murni mereka ialah memgenal pasti hadith-hadith palsu serta mengadakan kaedah-kaedah am atau garis panduan untuk mengenali hadith-hadith tersebut. Menurut Syeikh Umar bin Hasan Uthman Fallatah dalam tesis Phd beliau yang bertajuk الوضع في الحديث , sebahagian kaedah-kaedah tersebut ada yang bersifat umum berkenaan sifat-sifat kepalsuan hadith dan ada yang lebih bersifat terperinci. Ini semua hasil daripada penelitian yang berterusan dan istiqra’ yang menyeluruh terhadap sanad-sanad hadith berserta matan-matanya yang akhirnya membolehkan untuk mereka merumuskan perkara tersebut.

Antara kaedah-kaedah atau tanda-tanda khusus tersebut adalah:

1. Setiap hadith yang menyebutkan (pada teksnya) iman itu bertambah atau berkurang, atau sebaliknya tidak bertambah dan tidak berkurang, maka matan-matan sedemikian adalah palsu atau maudhu’

2. Setiap hadith yang menyebutkan bahawa al-Quran itu makhluk, atau bukan makhluk, begitu juga mana-mana hadith yang menyatakan ancaman terhadap orang yang berkata sedemikian ( makhluk atau tidaknya al-Quran) kesemuanya adalah palsu.

3. Kesemua hadith yang mengisbatkan disyariatkan untuk mengelap anggota wudhu selepas berwudhu juga tidak ada yang sahih.

4. Hadith yang menetapkan tempoh minimum bagi haidh begitu juga tempoh maksimum.

5. Setiap hadith yang menyebut; barangsiapa berbuat amalan tertentu mendapat pahala seorang Nabi atau lebih. Maka kesemuanya adalah palsu.

6. Mana-mana hadith yang menyatakan adanya solat-solat sunat pada malam-malam tertentu atau pada siangnya, seperti solat malam Ahad atau Isnin atau pada setiap hari daripada seminggu. Tidak ada satu pun yang sahih dari Nabi.

7. Hadith solat Ragha’ib الرغائب (solat sunat pada malam pertama bulan Rajab)

8. Hadith solat khas malam Nisfu Sya’ban.

9. Hadith solat sunat hari Asyura’ عاشوراء begitu juga galakan untuk melakukan perkara-perkara lain seperti bercelak, berhias, mengadakan kenduri. Kesemuanya tidak thabit dari Nabi melainkan hadith-hadith berkenaan puasa pada siangnya.

10. Hadith-hadith berkenaan puasa pada bulan Rajab dan solat pada sebahagian malamnya.

11. Hadith-hadith yang melarang atau tidak menggalakan pernikahan sebaliknya menggalakan hidup berseorangan العزوبة.

12. Hadith-hadith yang menggalakan untuk menyimpan perempuan, dengan anggapan bahawa perempuan sedemikian memiliki rahim-rahim yang diberkati.

13. Hadith-hadith yang mencela zuriat dan galakan untuk tidak beranak yang kononnya Allah tidak lagi berhajat kepada mana-mana anak yang dilahirkan selepas seratus tahun dari kewafatan nabi.

14. Hadith-hadith yang menyebutkan akan Khidr dan pertemuanya dengan Rasulullah, Ilyas dan Jibril pada setiap tahun di Arafah.

15. Hadith yang mengisbatkan bahawa nabi menta’yinkan (menyatakan dengan menyebut nama seseorang) sebagai khalifah selepasnya.

16. Mana-mana hadith yang ada disebutkan lafaz Ya Humaira’ يا حميراء atau al-Humaira’ الحميراء

17. Hadith-hadith manaqib Muawiyah معاوية atau keburukanya secara langsung atau yang mencela Amru ibnu ‘Ash.عمرو بن العاص

18. Hadith-hadith yang mencela Abu Musa al-‘Asyari أبو موسى الأشعري .

19. Hadith-hadith yang mencela Marwan bin al-Hakam atau al-Walid bin Abdul Malik.

20. Hadith-hadith yang menaskan khilafah untuk anak al-‘Abbas atau yang mengharamkan mereka daripada neraka, juga yang memuji ahli Khurasan yang keluar bersama Abdullah bin Ali bin al-Abbas atau mana khulafa Bani Abbas atau yang memuji al-Mansur, al-Saffah atau al-Rasyid.

21. Hadith-hadith yang menyebutkan manaqib مناقب (kebaikan) imam-imam mazhab yang empat dengan nama-nama mereka begitu juga yang mencelanya.

22. Setiap hadith yang memuji Baghdad (بغداد) Basrah (بصرة) Kufah(الكوفة) Marwu (مرو) Asqalan (عسقلان) Iskandariah (الاسكندارية) Antakiah (الأنطاقية) atau mencelanya. Begitu juga yang menyebutkan pada permulaanya ‘bandar ini Bandar syurga atau bandar itu Bandar neraka.

23. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan al-Khalil الخليل (Palestin) begitu juga as-Sakhrah (الصخرة) .

24. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan setiap surah al-Quran satu persatu,

25. Hadith-hadith yang mencela Habasyah, Sudan, Turki, Mamalik, dan Khasiyan.

26. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan ayam jantan dan galakan untuk membelanya, tidak ada hadith yang thabit berkenaan tersebut melainkan dua hadith, Pertama: “janganlah kamu mencela ayam jantan kerana ia mengejutkan kamu untuk solah” (H.R Abu Dawud dalam bab hadith-hadith berkenaan ayam jantan dan binatang-binatang ternak). Kedua: “Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka mintalah kepada Allah akan kelebihan-kelebihanya kerana ia telah melihat malaikat…” (H.R Ahmad dan lain-lain). Kedua-duanya adalah sahih. Begitu juga hadith-hadith berkenaan membela merpati dan ayam betina.

27. Hadith-hadith yang memuji kacang Dal, beras, Baqilla’ الباقلاء ( sejenis tumbuhan rumpai) terung, delima, kismis, tembikai, Kurrath الكراث dan Hindia’ الهندباء ( kedua-duanya sejenis tumbuhan), lobak, dan keju.

28. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan beberapa jenis bunga seperti Nirjisiah, Ward (ros), al-Ban, dan Marzinjusy.

29. Hadith-hadith yang memuji inai dan kelebihannya, melainkan hadith riwayat Abu Daud: sebaik-baik yang kamu gunakan untuk mengubah putih uban ialah Hinna’ الحناء dan Katam الكتم( jenis dedaun seperti inai)

30. Hadith-hadith yang menyebut rupa paras yang cantik dan memujinya dan menggalakan memandang kearahnya serta meminta bantuan darinya, begitu juga yang menyatakan bahawa neraka tidak akan menyentuhnya.

31. Hadith-hadith yang melarang tabarrum تبرم (menyebut secara marah dan putus asa) tatkala menunaikan hajat manusia.

32. Kesemua hadith yang melarang dari mencela Baraghithالبراغيث ( sejenis binatang kecil seperti pepijat)

33. Hadith yang menyatakan sesiapa yang diberikan sesuatu hadiah maka orang yang ada bersamanya sama-sama ada hak terhadap hadiah tersebut.

34. Hadith yang menggalakan untuk memakai cincin daripada batu Aqiq.

35. Hadith-hadith yang menyatakan keharusan atau pengharaman bermain catur.

36. Hadith-hadith yang menyebutkan jenis-jenis wali seperti yang masyhur dalam dunia kesufian seperti al-Abdal الأبدال, al-Aqthab الأقطاب, al-aghwat الأغواث, al-Nuqaba’النقباء, al-Nujabaالنجباء, dan al-Awtadالأوتاد

37. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan aqal.

38. Hadith-hadith yang menyebutkan طنين الأذنان bunyi-bunyian dengungan telinga.

39. Setiap hadith yang menyebut tarikh-tarikh tertentu di masa akan datang atau yang menyebutkan pada tahun sekian berlakunya sekian atau yang seumpama denganya.

Inilah di antara ciri-ciri khusus terhadap hadith palsu. Maka apabila terdapat mana-mana hadith yang mengandungi lafaz lafaz sebagaimana yang disebutkan maka dikhuatiri ianya adalah hadith yang palsu. Tidak dinafikan ada di antara perkara-perkara yang disebutkan itu benar dari sudut fakta dan hakikatnya tetapi yang menjadi kesalahannya disini ialah menyandarkanya kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, beliau sendiri telah memberi amaran keras berkenaan ini dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya 

 “Sesungguhnya berdusta ke atasku tidaklah sama seperti berdusta keatas orang lain, maka sesiapa yang telah berdusta keatas ku secara sengaja maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka.”

( H.R al-Bukhari: 1291, Muslim)


Thursday, 2 May 2013

Kelebihan Tauhid dan Sebab Kita Perlu Fokus dalam Mempelajari,Beramal dan Menyebarkannya

|| Kelebihan Tauhid dan sebab Kita Perlu Fokus dalam Mempelajari,Beramal dan Menyebarkannya ||

1) Tauhid adalah sebab utama bagi menghilangkan kesemua kesusahan baik di dunia dan di akhirat. 

2) Tauhid menghalang dari seseorang kekal dalam neraka. 

3) Ahli tauhid akan mencapai petunjuk yang sempurna,keamanan yang sempurna di dunia dan akhirat. 

4) Kesemua amalan,perkataan baik zahir dan batin bergantung kepada tauhid,sama ada ianya diterima oleh Allah atau tidak. 

5) Ianya memudahkan serta memotivasikan seseorang untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. 

6) Tauhid jika ianya sempurna di dalam hati seseorang maka Allah akan menjadikan hatinya cintakan kepada iman dan membenci kekufuran,bid'ah dan maksiat. 

7) Tauhid meringankan seseorang daripada kesulitan dan kesakitan serta melapangkan dada di saat ditimpa ujian. 

8) Tauhid membebaskan manusia dari perhambaan terhadap makhluk dan rasa bergantung terhadap mereka,takutkan manusia,mengharap kepada mereka,bekerja kerana mereka dna inilah kebebasan yang hakiki. 

9) Sesiapa yang berusaha menyempurnakan Tauhidnya maka amalannya yang sedikit akan menjadi berat di akhirat kelak akibat beratnya kalimah ikhlas (tauhid) yang akan ditimbang pada hari kiamat kelak. 

10) Allah membela dan menjaga ahli Tauhid dari keburukan dunia dan akhirat,dan mereka dijanjikan oleh Allah kemenangan dan pertolongan di dunia dan di akhirat. 

[Dinukil dan diringkaskan dari Kitab Al-Qaulu As-Sadid Syarh Kitab At-Tauhid oleh Syeikh Abd Rahman As-Sa'di-rahimahullah-m/s 16-19 Dar Ibn Al-Athir] 




Tuesday, 30 April 2013

Hadith ke-16 & 17: Hukum istinja' dan istijmar


HADITH KE-16 & 17 

16. Anas bin Malik menyatakan "Dulu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memasuki tandas.Aku dan orang yang sebaya denganku lantas membawakan kantung berisi air beserta tombak pendek.Beliau lalu membersihkan kotoran dengan menggunakan air tersebut." 

17. Abu Qatadah al-Harits bin Ribi' al-Ansari menuturkan bahawa Nabi bersabda,"Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kalian memegangi kemaluannya dengan tangan kanannya.Jangan pula bernafas dalam wadah." 

_____________________________________________________________________________________

Istinja' --> membersihkan kemaluan dengan air
Istijmar -->  membersihkan kemaluan dengan batu dan apa yang sehukum dengannya (dengan syarat menjauhi najis dan tulang)
  •  Istijmar boleh mengambil tempat istinja' walaupun dengan adanya air. 
  • Ada pendapat menyatakan afdhal menghimpunkan istinja' dan istijmar. 
    Pandangan Syeikh al-Albani berkaitan masalah ini: 

                    1) Pendapat ini tidak disokong oleh mana-mana hadis 
                    2) Pendapat ini lebih bersifat ghuluw sedangkan syariat memberi kita pilihan 


Soalan: Bolehkah mencuci kemaluan dengan tangan kanan? 

Jawapan: Pendapat pertama: Abu Dawud az-zahiri,Ibnu Hazm --> haram 

               Pendapat kedua: Jumhur ulama --> makruh kerana larangan ini bersifat dalam urusan adab, 
               lebih kepada saranan,bukan larangan secara pasti dan juga saranan memuliakan tangan kanan

              Pendapat yang rajih: Pendapat kedua --> makruh 

                                             Hujah: "Tidaklah ia melainkan sebahagian daripada anggota badan engkau"  

               * khas untuk membuang air kecil sahaja 
               * harus ketika jima'


Soalan: Adakah pegang qubul dan dubur membatalkan wudhu'? 

Jawapan: Pendapat pertama: batal wudhu secara mutlak -->"Barangsiapa yang menyentuh       
                kemaluannnya,hendaklah dia berwudhu' "-sahih

               Pendapat keduatak batal wudhu' secara mutlak --> "Tidaklah ia melainkan sebahagian                      
               daripada anggota badan engkau"-sahih 

               Pendapat ketigabatal sekiranya dengan syahwat --> disokong oleh Ibnu Taimiyah, 
               Syeikh al-Albani,Syeikh Uthaimin 
                               
                          Hujah: Kesimpulan daripada kedua-dua hadis pendapat pertama dan kedua.


Soalan: Adakah batal wudhu seorang ibu yang membersihkan najis anaknya?  


Jawapantidak batal wudhu seseorang yang menyucikan najis orang lain selama mana tidak adasyahwat.

 Dinukil daripada al-fadhil Ustaz Idris Sulaiman hafizahullah.

 Judul asli kitab:Umdatul Ahkam min Kalami Khairil al-Anam
 Penulis:Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi 
 Penerbit: Dar Ibnu Khuzaimah,Riyadh,1420 H  

28 April 2013

Hadith ke-14 & 15 :Larangan membuang hajat dalam keadaan menghadap kiblat serta membelakanginya


HADITH KE-14&15 

14.Abu Ayyub al-Ansari menuturkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda "Jika kalian mendatangi tempat buang air,maka janganlah buang hajat dan kencing dengan menghadap kiblat dan janganlah pula membelakanginya.Akan tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat.

Abu Ayyub mengatakan, "Kami tiba di Syam,kami dapati tandas di sana dibangun menghadap ke arah Ka'bah.Oleh kerana itu,kami bergeser dari arah kiblat dan memohon ampun kepada Allah. [1] 

[1] Bukhari dalam as-Shalat (394)


15. Abdullah bin Umar bin al-Khattab berkata, "Suatu hari aku naik ke atas rumah Hafsah.Aku melihat Nabi sallallahu alaihi wasallam membuang hajat menghadap Syams dan membelakangi Ka'bah.[2] 

[2] Tirmidzi dalam at-Thaharah (11) dengan lafaz dari beliau,Bukhari dalam al-Wudhu (146)  


____________________________________________________________________________________


Soalan: Apakah hukum membuang hajat dengan menghadap kiblat atau membelakanginya? 

Jawapan: Pendapat 1: Pandangan Ibnu Hazm az-zahiri,Ibnu Taimiyah,Ibnu Qayyim-->haram secara mutlak  
                HujjahHadis pertama-->Abu Ayyub al-Ansari menuturkan bahawa Rasulullah sallallahu                                       alaihi wasallam bersabda "Jika kalian mendatangi tempat buang air,maka janganlah buang hajat dan kencing dengan menghadap kiblat dan janganlah pula membelakanginya.Akan tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." 

              Pendapat ke-2:Pandangan Abu Dawud az-zahiri-->dibolehkan secara mutlak 

              Hujjah:Hadis ke-2-->Abdullah bin Umar bin al-Khattab berkata, "Suatu hari aku naik ke atas rumah Hafsah.Aku melihat Nabi sallallahu alaihi wasallam membuang hajat menghadap Syams dan membelakangi Ka'bah." 

              Pendapat ke-3:Pandangan jumhur ulama (Imam Malik,Imam Syafie,Imam Ahmad) 

                    -->Hukumnya bergantung kepada keadaan
                    -->Haram di tempat yang terbuka seperti di sungai 
                    -->Dibolehkan jika di tempat yang tertutup berdasarkan athar sahabat,Ibnu Umar. 

Satu hari Ibnu Umar sedang menaiki unta lalu memberhentikan unta yang sedang menghadap kiblat lalu duduk  untuk membuang hajat.Lalu ada yang bertanya,"Ya Abu Abdurrahman,bukankah ini dilarang (membelakangi ka'bah)? Jawab Ibnu Umar, "Ya,tetapi larangan tersebut  adalah di tempat yang terbuka.Adapun jika ada penghadang di antara engkau dan kiblat,maka itu tidak mengapa"-diriwayatkan oleh Abu Dawud. 

                Pendapat ke-4:Tidak haram tetapi makruh  

               Pendapat yang rajih:Pendapat pertama-->haram secara mutlak kerana dalam kaedah Usul  Fiqh: 
 -Di antara kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang berbentuk larangan dengan athar Ibnu Umar yang berbentuk keharusan,maka kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam perludidahulukan

 -Di antara kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang berbentuk larangan dengan perbuatanRasulullah sallallahu alaihi wasallam yang berbentuk keharusan,maka kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam perlu didahulukan kerana kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersifat syar'ie (Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sedang mengajar dan menjelaskan hukum secara qat'ie) 


           Soalan: Mengapa nas larangan didahulukan berbanding nas yang menganjurkan satu keharusan? 
        
          Jawapan: Tidak ada larangan melainkan ada keharusan sebelumnya.  

         
           Dalam perbuatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,ada tiga kebarangkalian

           1) hukum keharusan datang sebelum adanya larangan 
           2) Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada keuzuran atau darurat 
           3) kebarangkalian yang paling lemah-perbuatan itu khas untuk Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.


 Dinukil daripada al-fadhil Ustaz Idris Sulaiman hafizahullah.

 Judul asli kitab:Umdatul Ahkam min Kalami Khairil al-Anam
 Penulis:Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi 
 Penerbit: Dar Ibnu Khuzaimah,Riyadh,1420 H      

 11 April 2013

Hadith ke-8: Hukum berkumur-kumur,istinsyaq dan istinsar


HADITH KE-8 

Humran (hamba yang dibebaskan oleh Uthman bin Affan)- dia melihat Uthman meminta air wudhu'.Beliau lantas menuangkan air tersebut dari wadahnya pada kedua telapak tangannya sekaligus membasuh keduanya tiga kali.Beliau lantas mencelupkan tangan kanannya ke dalam air tersebut,kemudian berkumur-kumur,memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya.Beliau lalu membasuh wajahnya tiga kali,mebasuh kedua tangannya sampai kedua sikunya tiga kali,lantas mengusap kepalanya.Setelah itu,beliau membasuh kedua kakinya tiga kali dan mengatakan,"Aku melihat Nabi berwudhu seperti wudhu'ku ini lantas bersabda,"Barangsiapa berwudhu' seperti wudhu'ku ini kemudian mengerjakan solat dua rakaat dan tidak melayani bisikan-bisikan hatinya dalam keduanya,maka Allah akan mengampuni dosanya yang telah lalu". 

____________________________________________________________________________________


Dalam peperangan,pemerintah Islam diberi empat pilihan terhadap tawanan: 

1) dibebaskan begitu sahaja 
2) dijadikan sebagai pertukaran tawanan 
3) dihukum bunuh-Perang Badar 
4) dijadikan sebagai hamba 


Soalan: Adakah wajib berkumur-kumur,memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya? 

Jawapan: Pendapat 1: Imam Abu Hanifah,Imam Malik dan Imam Syafie-->sunat (jumhur ulama)

              Hujah: Keumuman ayat 6 surah al-Maidah 

              Pendapat ke-2 : Imam Ahmad --> wajib 

              Hujah: Surah al-Maidah ayat 6 (mulut dan hidung termasuk dalam kawasan muka) 

             Pendapat yang rajih: Pendapat ke-2 


Menyapu kepala 

Syeikh al-Albani mengesahkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyapu kepala sebanyak 3 kali 


Menyapu telinga 

-->Termasuk dalam anggota kepala adalah telinga  

Pendapat 1: Jumhur ulama-->sunat 

Pendapat ke-2: Imam Ahmad-->wajib 

Hujah:berdasarkan hadis "Kedua telinga itu daripada kepala" disahihkan (hasan lighairihi oleh Syeikh al-Albani) 

Pendapat yang rajihPendapat ke-2


Soalan: Adakah perlu mengambil air baru untuk menyapu telinga? 

Jawapan:Pendapat 1Jumhur ulama-->cukup sahaja dengan menggunakan air daripada kepala 

              Pendapat ke-2mazhab Syafie --> sunat untuk ambil air wudhu' baru 

              Pendapat yang rajihPendapat 1,jumhur ulama 


Dinukil daripada al-fadhil Ustaz Idris Sulaiman hafizahullah.

Judul asli kitab:Umdatul Ahkam min Kalami Khairil al-Anam
Penulis:Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi 
Penerbit: Dar Ibnu Khuzaimah,Riyadh,1420 H     


22 Mac 2013